Pendidikan Raja Azureen

Raja Azureen mendapat pendidikan rendahnya di Marion Convent, Ipoh, Perak dan meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Syracuse, di New York, Amerika Syarikat dan berjaya memiliki Ijazah Sarjana Sains (BSc) dalam bidang Matematik dan Ekonomi pada tahun 1979. Raja Azureen meneruskan lagi pengajiannya ke United Kingdom di peringat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti London, England pada tahun 1982. Kepintaran beliau tidak dipersoalkan kerana umum mengetahui bahawa keluarga Sultan Azlan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.